Monday, January 30, 2017

Hari ke 16 - Authentic Materials

'Authentic material' adalah bahan pengajaran dari sumber yang alami. Sumber yang mudah didapati di sekitar kita. Sebagai contoh bagi pengajaran bahasa, penggunaan keratan artikel, berita, rencana dari surat khabar, majalah atau sebagainya terutama dalam kemahiran membaca.

Ini adalah bahan utama dan paling banyak digunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sini. Saya masih ingat lagi semasa kursus MELT dulu, kami di perkenalkan dengan pengajaran menggunakan 'authentic materials'. Bahan-bahan ini diperolehi dari brochure yang kami kumpul semasa melaksanakan 'filed  trips'. Maknanya, kami pergi 'field trips' itu bukan saja-saja tetapi ada tugasan yang mesti dilaksanakan.

Kelebihannya sangat besar. Ini adalah satu pengajaran kemahiran bahasa yang keluar dari buku teks. Ia lebih dengan dengan pelajar kerana maklumat ini biasanya terkini dan berkaitan dengan kehidupan sebenar. Kami yang keluar sambil mencari 'authentic materilas' ini akan lebih memahami bahan pengajaran kami dan seterusnya dapat disampaikan dengan teratur dan menarik. namun begitu, tidak semua bahan pengajaran ini menepati konsep atau objektif pengajaran, adakala ia sedikit tersasar dari objektif. Persiapannya juga agak mencabar kerana memerlukan persiapan yang teliti dan kemungkinan soalan-soalan tidak terduga oleh para pelajar yang mengikutinya.

Untuk ETDC ini, saya perlu mencari 10 bahan 'authentic materials'! dan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, sekurang-kurangnya 2 dari bahan alami boleh diperolehi dengan internet! :)

Apa pun, pengajaran menggunakan 'authentic materials' sememangnya yang terbaik dan sangat membantu para pelajar untuk menguasai pelajaran yang berkaitan bahasa.

Sunday, January 29, 2017

Hari ke 15 - Sunday Market

Sebelas tahun yang lalu, saya dan rakan-rakan sentiasa menunggu hujung minggu untuk ke pasar lambak versi Australia yang berdekatan penginapan kami. Pasar ini di kenali dengan 'Sunday market' yang terletak di Laverton. Kami mengayuh basikal untuk ke sana dan mengambil masa dalam 15 minit. Biasanya kami akan membeli keperluan mingguan seperti makanan, pakaian, keperluan harian dan sebagainya. Ia merupakan tumpuan kami kerana harga yang rendah dan mempunyai pelbagai pilihan. Saya pernah beli basikal 'secondhand' yang berharga AUD 30! begitu juga baju sejuk yang berharga AUD 15!. Tempat yang istimewa bagi kami.

Hari ini saya mengambil peluang untuk pergi ke tempat kenang-kenangan ini. Buat kali pertamanya selepas 11 tahun yang lalu. Selepas sarapan jam 0830 terus berjalan kaki kerana tiada kenderaan ke sana. Cuaca yang sangat baik menyebabkan saya tiada halangan untuk berjalan ke sana. Dengan bantuan aplikasi 'waze' saya berjalan sambil mendengar 'budak2 jalan belakang' menyanyi!. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit! :)

Setibanya di sana, kena bayar AUD 1.00 untuk masuk, kalau tak silap dulu cuma AUD 0.50. Masuk sahaja ke lapangan niaga, mengimbau saya kembali pada kenangan bersama rakan-rakan MELT 2006 dulu. Rasanya ruang perniagaannya sudah bertambah luas. Namun, barang yang dijual hampir atau lebih kurang sama dengan apa yang saya pernah lihat 11 tahun yang lalu. Apa pun, memang seronok melihat barang-barang dan gelagat peniaga yang berniaga di sana. Kebanyakkan peniaga terdiri dari mereka yang bukan berkulit putih. Peniaganya peramah dan boleh bertolak ansur.

Saya bercadang untuk mencari basikal tetapi belum kemtemu yang sesuai. Ada sebuah 'bike road' lama yang berharga AUD 50 tetapi saya membatalkan hasrat tersebut kerana bercadang datang legi pada minggu yang mendatang. In Shaa Allah.

Sebelum pulang, sempat saya minum secawan mocha dari peniaga arab yang menjual kopi di belakang van mereka sahaja. Pelahan-lahan berjalan pulang dan tiba di pangkalan jam 1200 :) In Shaa Allah kita jumpa lagi.

Lebih kurang jam 0900, loceng kecemasan berbunyi dan lampu pengera rakan serumah, Ryan dari Cambodia berbunyi. Semua kalut keluar dan bomba datang dalam masa 5 minit. Setelah di check, ia cuma 'flas alarm'. Menurut pegawai bomba, kemungkinan pengera telah terlalu lama dan uzur. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang belaku.

Saturday, January 28, 2017

Hari ke 14 - Rehat di blok

Hari ini memang tidak plan ke mana-mana kerana ingin menyiapkan beberapa tugasan dan ulangkaji. Memang membosankan bila semua orang keluar dan hanya kita sahaja yang tinggal di blok. Hari ini juga saya telah menghantar email ke Malaysia Hall Melbourne untuk mendapatkan kepastian tentang penginapan di sana terutama sekali berkaitan makan dan solat jumaat. Saya berharap tiada halangan yang besar oleh Malaysia Hall dalam hal ini.

Petang tadi cuaca yang sangat baik. Cerah tetapi angin sejuk bertiup dengan kuat. Alhamdulillah dapat berjogging keliling pangkalan sejauh 10km. Makan malam pula, En Sufian memaklumkan tentang kedai gunting rambut di Laverton. Kosnya lebih murah berbanding di dalam pangkalan. Kos gunting rambut di pangkalan adalah AUD 20 dan di kedai gunting rambut yang direkemen oleh En. Sufian adalah setengah dari harga itu.

Kami juga berjumpa dengan Kadet Aidil dari UPNM yang berpeluang melanjutkan pengajian di ijazah pertama di Australia dan mengikuti latihan tentera di Dantrum. Dalam perjalanan balik kami berjumpa dengan Mej Dr Huda yang baru sampai dan akan mengikuti kursus perubatan kepakaran khas untuk tentera udara.

Friday, January 27, 2017

Hari ke 13 - Accuracy and fluency

Hari ini adalah hari terakhir bagi minggu pertama dalam kursus ETDC. Pelajaran utama bagi minggu ini adalah pengajaran komunikasi yang berkesan di dalam bahasa Inggeris. Ada satu perkara yang saya baru sedar hasil dari pengajaran minggu ini. Pengajaran komunikasi di dalam bahasa Inggeris sebenarnya menekankan dua elemen penting, 'accuracy' dan 'fluency'. 'Accuracy' adalah keupayaan pelajar berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan tepat. Manakala 'fluency' pula menekankan keupayaan pelajar bercakap di dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

Kedua-dua elemen ini sangat penting namun sebagai seorang guru, dia harus mengimbangkan kedua-dua elemen ini agar salah satunya tidak mendominasi satu elemen yang lain. 

Bagaimana satu elemen mendominasi elemen yang lain? Sesetengah pelajar mempunyai penguasaan tatabahasa yang sangat baik tetapi jarang berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris menyebabkan mereka gagal berkomunikasi dengan lancar. Bukan kerana mereka kurang berpengalaman tetapi lebih kepada keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal, analitikal dan sebagainya. Mereka bercakap seperti apa yang di tulis di dalam teks. 

Ada pelbagai kaedah mengatasi masalah ini, tetapi kaedah yang paling banyak dibincangkan adalah konsep pembelajar yang berbentuk provokasi tentang persekitaran mereka. Mudah kata, kita cuba untuk meransang mereka mengkritik persekitran mereka di dalam bahasa Inggeris. Atau, menukar kebiasaan mereka bergosip di dalam bahasa mereka kepada bahasa Inggeris!

Bagi pelajar yang mempunyai keyakinan tinggi, 'fluency' adalah elemen yang ditunjukkan oleh mereka tetapi sebahagian dari mereka mempunyai 'accuracy' yang sangat rendah. Ini sebenarnya bagus! Bak kata guru saya Lynn dan Trudi, "making mistake is a sign of a learning!". Kaedah terbaik adalah memberi ruang seluas-luasnya untuk mereka berkomunikasi dan guru mengambil ruang antaranya untuk membantu membetulkan tatabahasa mereka.

Dari kefahaman ini saya sedar satu perkara yang besar. Selama ini, pengajaran ESP (English for Spesefic Purpose) kepada pelatih Navy lebih kepada berpusatkan guru dan lebih mengutamakan penyampaian pengetahuan berkaitan Navy. Kurang penekanan kepada 'accuracy' dan juga 'fluency'!. In Shaa Allah, dengan ilmu ini saya akan membuat perubahan dalam penyampaian pengajaran di KD PELANDOK nanti.

Hari ini solat jumaat di sebuah rumah yang diubahsuai menjadi masjid di Laverton. Masjid ini dibangunkan oleh komuniti Indonesia yang menetap di sini. Khutbahnya di dalam bahasa Indonesia dan saya dimaklumkan jika ada tetamu yang tidak faham bahasa Indonesia, mereka akan menyampaikannya di dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, selesai minggu pertama, semoga Allah permudahkan urusan-ku pada minggu-minggu yang mendatang.

Thursday, January 26, 2017

Hari ke 12 - Jalan-jalan Melbourne

Hari ini adalah Hari Australia. Hari di mana orang kulit putih pertama menemui Australia. Hari ini juga merupakan bermulalah episod baru kewujudan Australia baru yang mempunyai kepelbagaian budaya dan kehidupan masyarakat dari seluruh dunia. Namun pada masa yang sama, penduduk asal (Oboriginal) negara ini tidak berfikir sebegitu. Ada banyak kisah hitam yang dirakamkan di dalam sejarah Australia semasa penubuhannya. Perasaan marah itu masih lagi dirasai hingga ke hari ini kerana ia diperturunkan dari satu generasi ke genarasi yang lain.

Hari ini juga hari cuti yang mana saya berpeluang untuk berjalan-jalan di Melbourne. Tujuan asalnya hendak ke Victoria Market tetapi pasar itu rupanya tutup pada Hari Australia. Maka saya hanya merayau-rayau sekeliling kota itu. Saya berjalan ke arah Shrine of Rememberane kerana seperti ada event besar di sana. Saya bertuah hari ini, ada perlbagai pameran dan hiburan disediakan di situ. Dari pameran dari pelbagai persatuan dan unit. Antara yang menarik perhatian adalah persatuan pendulang emas yang membawa prop mendulang emas mereka di tempat pameran. Pengunjung boleh mendulang emas menggunakan dulang dan juga boleh menggunakan peralatan moden seperti 'metal detactor'. Selain itu juga ada perlbagai paeran yang menyediakan simulasi untuk kanak-kanak seperti memancing, menaiki bot dan sebagainya. Selaian itu juga ada perbagai persebahan dari pelbagai bangsa. Paling ketara adalah persembahan tarian singa oleh masyarakat Cina.

Selesai di tapak pameran saya bergerak ke arah Flinder. Rupanya ada event besar di hadapan Flinder Street Station. Ada satu perhimpunan besar yang memprotes Hari Australia. Memang ramai yang hadir dan dikatakan hampi 50k manusia menghadiri perhimpunan itu. Saya hanya hadir untuk mengambil gambar, dengan limitasi kamera yang terhad saya cuma mengambil gambar dari jauh. Namun, polis berkuda  yang mengawal protes itu menjadi subjek menarik kerana gaya mereka yang sangat mantap!.Penungganya juga terdiri dari anggota polis lelaki dan wanita.

Lebih kurang sejam mengambil gambar perhimpunan, saya mengambil kesempatan makan tengah hari di semua kedai india muslim. Menu tengahari saya adalah 'Halal Snack Pack' (HSP). Makanan yang saya temui semasa sebelum datang di Australia di dalam Youtube.. Pada asasnya, ia hanyalah kentang goreng yang diletak di atasnya hirisan daging (ayam, lembu atau kambing). Keduanya akan sisirami oleh tiga jenis sos yang hebat yang menyebabkan anda tidak mampu untuk mengelak dari menikmati hidangan hebat ini. Saya hanya mengambil saiz kecil gabungan daging lembu dan kambing. Harga bagi gabungan inu adalah AUD 8.90. Harga HSP bermula dari AUD 7.50 dengan ayam sebagai resepi utama.

Selepas dari itu, terus ke masjid di Melbourne dan pulang ke RAAF William. Syukur Alhamdulillah :)

Tuesday, January 24, 2017

Hari ke 10 - Penuntut Thai

Perbezaan paling ketara antara penuntut Malaysia dan Thailand adalah kedudukan Bahasa Inggeris di negara masing-masing. Di Malaysia, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan secara meluas dalam kehidupan harian rakyat Malaysia. Dari sistem pendidikan, hiburan (radio dan TV), kewartawanan (surat khabar, majalah) dan pelbagai lagi. Ini juga disebabkan oleh kerana Malaysia pernah dijajah oleh British.

Bagaimana pula bahasa Perancis, Jepun dan sebagainya yang dikategorikan sebagai Bahasa Asing di Malaysia? Bahasa asing sememangnya asing di Malaysia. Hanya mereka yang mempelajarinya di pusat pengajian tinggi atau keperluan belajar untuk ke negara-negara asing tersebut. Fenomena ini sebenarnya sama seperti orang Thailand yang belajar Bahasa Inggeris. Di negara mereka, Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa asing. Sistem pendidikan mereka tidak menyediakan mata pelajaran Bahasa Inggeris, filem luar negara (Inggeris) yang di alihsuara ke bahasa Thai, tiada suratkhabar Inggeris dan sebagainya. Mudah kata, tiada keperluan untuk orang Thai belajar bahasa Inggeris. 

Apa motivasi yang mengerakkan mereka (orang Thai) belajar Bahasa Inggeris? 

Petang tadi saya berkesempatan berjogging mengelilingi pangkalan ini kerana cuaca yang sangat cantik. Walaupun panas terik tetapi bayu angin yang sangat sejuk bertiup sepanjang larian saya. Selesai larian, terus ke mess pegawai untuk makan malam dan di sana, duduk  di sebelah saya adalah Lt May dari Thailand, rakan sekelas. Bermula dengan perbualan berkaitan kelas sehinggalah kepada cerita bagaimana Lt May belajar bahasa Inggeris. Kisahnya sangat menarik!

Beliau bermula belajar bahasa Inggeris pada usia 9 tahun. Apakah yang mendorong beliau minat kepada bahasa Inggeris? Mengkagumkan, beliau menyatakan bahawa semasa beliau masih kecil, beliau lebih suka kepada buku cerita bahasa Inggeris kerana buku-buku itu lebih banyak warna dan lukisan berbanding buku cerita bahasa Thai yang agak membosankan. Sejak dari itu, beliau cuba menguasai bahasa Inggeris secara 'sendirian' untuk memahami apakah cerita dari buku-buku cerita yang pernuh warna dan gambar itu.

Di sekolah pula, bahasa Inggeris hanya diajar secara sambilan. Guru sukan sekolah rendahnya diarahkan untuk mengajar bahasa Inggeris. Kebanyakan rakan-rakannya tidak berminat tetapi dia sangat teruja. Setiap kali gurunya masuk kelas dan berkata, "How many students in this class?", Lt May akan menjadi orang pertama untuk memberi jawapan. "Forthy-five, Sir!" walaupun dia bukan ketua kelas!. Ia berlaku setiap kali guru Ingggerisnya masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran bahasa Inggeris.

Suatu ketika, gurunya memaklumkan bahawa, jika semua pelajar hadir jawab dengan 'Nil' bila disoal, "Anybody absent in this class today?". Lt May akan pertama sekali mengangkat tangan untuk menyatakan "Nil". Ini adalah asas motivasi kepada beliau untuk menguasai bahasa Inggeris. Motivasi yang sekecil menyebutkan bilangan di dalam bahasa Inggeris.

Hari ini, beliau merupakan pegawai latih bahasa Inggeris kepada Tentera Udara Thailand yang sangat hebat. Kisah perjalanan hidup dalam menguasai bahasa Inggeris sungguh memberi inspirasi. Mungkin kisah yang sangat bermakna bagi anak-anak Malaysia yang telah diberi peluang belajar bahasa Inggeris sejak darjah 1!.


Monday, January 23, 2017

Hari ke 9 - Kelas hari Pertama

Kursus ETDC (English Teaching Development Course) yang saya hadiri di Australia ini adalah lanjutan dari kursus MELT (Methodology of English Language Teaching) yang pernah saya hadiri pada tahun 2006 dahulu. Pada asasnya, perbezaan antara MELT dan ETDC adalah 2 tahun. Perbezaan bagi saya adalah 11 tahun. Hanya seorang sahaja guru yang saya kenali, Fiona McAthur.

Pada asasnya tidak banyak perubahan yang besar dari segi fizikal. kelas yang sama, bangunan yang sama, kemudahan yang sama. Antara perkara sama yang saya rasa sangat efektif pada suatu masa dahulu dan sehingga kita masih belum diaplikasikan di Malaysia (unit saya) adalah pemulangan buku perpustakaan ke dalam kotak khas. Tidak memerlukan pendaftaran pemulangan buku, cuma masukkan sahaj buku yang telah kita pinjam ke dalam kotak!. Ianya masih lagi dipraktikkan sehingga hari ini. Sangat praktikal dan sesuai bagi negara yang rakyatnya yang rajin membaca. 

Cuma ada peningkatan dalam teknologi. DITC sudah menngunakan pembelajaran online yang jauh lebih maju dari Malaysia. Learning Management System (LMS) menjadi asas utama dalam pembelajaran online. Penuntut bukan sahaja belajar di dalam kelas tetapi boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pengajian di bilik-bilik penginapan yang disediakan komputer setiap satu. LMS ini juga berfungsi untuk menghubungkan penuntut dengan penuntut dan juga penuntut dengan guru. Sistem yang sangat interaktif dan dikendalikan oleh yang mereka yang sangat mahir.

Sesungguhnya ETDC lebih sukar dari MELT, saya hanya berharap Allah akan mempermudahkan segala urusan saya sepanjang pengajian saya di sini. Begitu juga sahabat-sahabat yang menyertai kursus ini, Amin.

Sunday, January 22, 2017

Hari ke 8 - Mak Timah



Awal pagi cuba menghubungi pembantu DA Australia untu memastkan bahawa mesej kami kepada DA sampai. Nampaknya, masej minggu lepas tidak sampai kerana salah dalam mengguna no hp-nya. Tidak perlu dimasukkan kod antarabangsa. Selepas dari pembetulan, DA dapat terma masej kami dan dia membalas dengan mesra 'No worries'! :)

Pagi ini juga kami menerima Mej Azhan yang baru tiba dari Malaysia. Beliau akan menjadi jurulatih selama 2 tahun di sekolah jurutera tentera di Australia. Kawan lama sejak buat kursus Ketua Platun di PUSWATAN tahun 1998 dulu :) Seorang yang sangat 'smart' dan pakar dalam menulis! :)

Pagi ini juga, perancangan semalam terpaksa di tangguhkan kerana menerima jemputan dari sekeluarga rakyat Australia yang berasal dari Malaysia. Puan Wan Fatimah dan En Khairul yang berasal dari Teluk Intan dan Klang. Mereka telah menetap di Australia selama 31 tahun. Mereka memunyai 3 orang anak. 

Perbincangan yang sangat panjang dari sejarah penghijrahan mereka, kehidupan mereka, survival orang melayu di Australia dan bantuan yang mereka boleh beri jika berhijrah ke Australia. Saya rasa mereka menerap nilai-nilai integriti, jujur yang di amal oleh orang Australia. Rumah mereka kerap menjadi transit kepada orang Malaysia atau Indonesia yang merancang untuk berhijrah ke Australia. Mak Timah menyatakan bahawa dengan niat yang ikhlas dan betul untuk mengubah kehidupan akan memastikan kelangsungan hidup di Australia dipermudahkan Allah. Sebalikya, jika datang kerana nia yang lain, ia akan membawa kepada masalah dan lebih teruk lagi memburukkan nama Malaysia di bumi kanggaroo ini.

Kami dijamu dengan mee kari, bubur kacang hijau dengan durian dn air limau. Terima kasih Mak Timah dan Abang Khairul. Terima kasih atas jemputan, layanan dan kemesraan yang diberi. In shaa Allah berjumpa lagi :)

Saturday, January 21, 2017

Hari ke 7 - Rehat



Penangan dari Field Trip Melbourne semalam menyebabkan saya bangun lewat! Walaupun subuh sekarang adalah 0430H tetapi saya biasa bangun dalam pukul lima. Namun pagi ini saya bangun jam 0630H pagi!. memang kelelahan sebenarnya tetapi cuaca yang sejuk telah menipu pemikiran. Rasanya, memang banyak berjalan semalam, lebih-lebih lagi SOP itu membawa ke laluan yang lebih jauh, berliku dan bersejarah :)

Hari ini cuma duduk di bilik sahaja dan merancang untuk tinjauan esok. Tempat yang bakal di tinjau esok adalah;
  1. Malaysia Hall
  2. Dive center
  3. Aquarium
  4. Laluan free zone
  5. Masjid
  6. Appt Airbnb
  7. Victoria Market
Perkara yang penting sekali adalah untuk mengetahui tentang kediaman sesuai untuk keluarga da mertua yang hendak melawat pada bulan 3 nanti. Perkara yang perlu di pertimbangkan adalah kemudahan makan dan tempat solat.

Petang tadi cuma berenang selama 40 minit dan suasana di dalam kem yang amat sunyi. Malam ini kena rehat untuk tinjauan besar esok hari. Semoga Allah permudahkan segala urusan, Amin.

Friday, January 20, 2017

Hari ke 6 - Field Trip Melbourne


Pada hari yang berkat pertama di bumi Australia ini, Kami diberi peluang untuk melawat bandar Melbourne. Bandar yang saya pernah lawati 10 tahun yang lalu. Cuaca pada hari ini agak lembab dan hujan renyai dari awal pagi hingga ke tengahari. Kami diiring oleh SO Philipine dan SO Tongga. 

Pada asasnya, tidak banyak perubahan, cuma beberapa perubahan kepada sistem dan dalaman di sesebuah bangunan. Kami tiba di Melbourne pada jam 0930 dan SOP membawa kami ke Melbourne Library. Namun, perpustakaan masih tutup dan kami bergerak ke Shrine of Remembrance. Bangunan ini memang mempunyai banyak perubahan, Luaran dan dalaman. Cuma lawatan yang sangat singkat dan dapat naik sebentar ke tingkat atas selepas teringat bahagian itu pernah saya naiki dahulu.

MYKI memang mengelirukan pada awalnya. Ingatkan kena touch sekali semasa masuk ke train. Rupanya, naik kena touch dan turun juga kena touch! Alhamdulillah tiada yang buruk belaku walaupun, keluar masuk penumpang dan buka tutup pintu agak cepat. Begitu juga, tram yang berwarna hijau itu menunjukkan yang ia melalui laluan zone percuma. Dari Flinder ke Queen Victoria Market (QVM). Tidak seperti dulu, kita beli tiket, validate dan naik turun kenderaan awam sepanjang hari di Melbourne.

SOP memang mantap, beliau mebawa kami ke beberapa tempat yang saya sendiri tidak pernah lalui dan siap dengan penerangan! Bila ditanya, bagaimana dia tahu tentang kebanyakkan tempat di situ, beliau memaklumkan yang beliau suka membaca tentang bangunan-bangunan lama di Melbourne! memang SO yang mantap :)

Tempat terakhir adalah Queen Victoria Market. Namun, kami memilih untuk makan tengahhari di Mamak! Sebuah restoren Malaysia yang berdekatan dengan QVM (lebih kurang 200m). Rupanya bila tiba di sana, restoran ini berdekatan dengan Restoren Zam Zam. Kami menukar channel dan makan di Zam Zam. Set 1 yang terdiri dari nasi + 2 daging + 1 sayur berharga AUD 10.50 dan air kosoang yang percuma menjadi makanan tengah hari yang sangat terbaik setelah hampir seminggu makan di RAAF William. Selesai makan, terus ke salah sebuah masjid yang berdekatan untuk solat Jumaat. Kami hanya dapat solat pada sessi kedua kerana ruang solat yang terhad.

Dalam perjalan balik, kami singgah ke QVM dan akhiri perjalanan hari ini terus ke Flinder St Station. Hari ini banyak jalan ditutup kerana ada kejadian kemalangan yang mengerikan. Seorang pemandu telah merempuh orang ramai yang menyebabkan seorang lelaki, seorang perempuan dan bayi di dalam pram mati. 20 yang lain tercedera. Kami tiba di Aircraft Station jam 1530 dan makan malam di Mess pegawai.   

Thursday, January 19, 2017

Hari ke 5 - ADF dan Kolam renang


Hari ini ketiga-tiga perkhidmatan Australia memberikan taklimat mereka. Walaupun mereka mempunyai kelebihan sendiri tetapi mereka tetap sama, jeles antara satu sama lain dan klaim perkhidmatan sendiri yang terbaik! :)

Keputusan ADFELPS telah diketahui tetapi keputusannya tidak begitu memuaskan, Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan. Semoga Allah permudahkan segala urusan-ku di sini. Ya Allah, kurniakan aku ilmu dan tambahkan kefahaman-ku.

Pertama kali dapat berenang di kolam renang RAAF William, Airnya sangat sejuk dan matahari yang sangat terik. Lepas nie memang kena bawa baju renang untuk berenang di sana. 

Sebelum berenang, sempat beli kad MYKI persiapan untuk ke Melbourne esok. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Wednesday, January 18, 2017

Vegemite


Pagi tadi kelas bersama Kapt Dee ada perkenalkan suatu makanan yang digemari oleh orang Autralia :) ia sebenarnya adalah sejenis sapuan ke atas roti atau biskut. itulah cara memakannya yang sebenar. Ia adalah ekstrak yis dan dikenali sebagai vegemite. Rasanya sangat masin!. malam ini saya merayau-rayau dalam youtube dan lihat betapa ramai orang yang salah menikmati vegemite dan kesannya ia menjadi suatu makanan yang paling tidak diuskai kerana bau dan rasanya. rasanya youtube di atas dapat menerangkan nikmat sebenar menikmati vegemite! :) Enjoy :)

Hari ke 4 - Elaun dan 10km


Pagi ini, kopral kerani DITC masuk kelas dan bagi taklimat berkaitan dengan elaun. Alhamdulillah, Keseluruhan elaun untuk minggu pertama ini adalah sebanyak AUD 486.30 (Clothing; AUD 205.00, Establishment; AUD 136.00, Field trip: AUD 27.00 dan Living for 6 days: AUD 117.00). Semua elaun dibayar cash dan harian seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun di bawah Defence Bank.

Kapt McNammus pula hari ini cerita tentang sejarah dan identiti Australia. Sebenarnya ini topik panas tapi dia buat dalam bentuk yang lebih cool! :)

Sebelah petang aku sendiri buat sejarah dengan buat larian pertama dalam hidupku 10 km mengelilingi pangkalan udara OZ ini. Cuaca yang panas terik tapi sejuk kerana tiupan angin yang kuat. Alhamdulillah. Malam nie harap dapat tidur lena.