Tuesday, July 16, 2013

Ulangkaji dan Kak Rahidah, D-20

Aku fikir, pengetahuan bahasa Perancis-ku telah lama berkarat. Kurang ulangkaji dan kurang motivasi. Hari ini aku mula menulis jurnal ini (backdated) dan mula ulangkaji bahasa Perancis-ku. Aku berharap, ulangkaji ini dan pertolongan dari Allah memberi kekuatan kepada-ku untuk menguasai bahasa Perancis dengan cemerlang semasa di Kanada.

Terima kasih kepada Mej Betty, atas pertolongan beliau kini aku telah menjalinkan ikatan dengan orang Malaysia di Kanada. Mej Betty telah memasukkan aku ke dalam group Malay CFLS (Canadian Forces Language School) Long Course. Satu group yang menghimpunkan semua bekas-bekan pegawai yang pernah berkursus di Kanada. Ulangkajiku sedikit tergendala gara-gara mengambil masa yang lama merayau-rayau di dalam group itu. Alhamdulillah, sedikit kelegaan bila dapat berhubung dengan orang yang sebangsa dengan-ku di bumi Kanada. J Dari group itu aku sudah kenal sedikit sebanyak tentang St. Jean, Malam kebudayaan, laman web Canada Malay Association (canadamalay.com) dan tempat penginapan-ku yang dikenali Megaplex. 

No comments: