Thursday, July 12, 2012

LinkWithin

www.LinkWithin.com
Pertama kali lihat blog yang popular, saya terperasan ada link yang menarik di bawah setiap entri mereka. Apa yang menarik tentang link itu adalah keupayaan untuk recall balik entri-entri yang lalu. Makanya, saya pun berusaha mencari cara bagaimana nak buat link menarik tersebut. Alhamdulillah, akhirnya saya berjumpa dengan satu laman web yang khusus menyediakan kemudahan tersebut, LinkWithin. Terus sahaja saya memuat turunkan widgetnya dan Alhamdulillah, kini blog saya sudah ada link ke entri yang lama dan buat pertama kalinya, entri-entri lama timbul kembali untuk bacaan semula setelah lama ditinggalkan. Selamat membaca semua :)

Monday, July 02, 2012

iPad Baru

Amir Harith sedang main games Spiderman :)
Pada mulanya, saya berhajat untuk membeli iPad pada hujung tahun ini. Namun tawaran yang diberi oleh Maxis untuk setiap ahli kelabnya membuatkan saya tak dapat tunggu lebih lama lagi. iPad baru dengan harga RM 699! Walaupun terpaksa berikat janji selama 2 tahun, saya merasakan ianya sangat berbaloi. Ini adalah entri blog pertama saya menggunakan iPad baru. Alhamdulillah. Akan lebih bersemangat untuk menulis selepas ini, di mana sahaja dan apa ketika selagi iPad berada di sisi saya :)