Friday, May 19, 2006

MELT Field Trip IV

Sekali lagi dan kali terakhir untuk kursus ini. Lawatan sambil belajar ke AMES, Footscray. Menjadi pemerhati dan membuat laporan. Setakat ini, saya rasa AMES Footscray lebih baik dan lebih teratur berbanding AMES di Flagstaff dan AMES di St. Alban.
Kelas pertama saya 'observe'. Nama guru ini adalah Alex dan dia adalah warganegara Australia yang berasal dari Filipina. Kebanyakkan muridnya terdiri dari mereka yang dewasa pada tahap penguasaan Inggeris sederhana. Di dalam gambar ini, Alex sedang memberi arahan kepada pelajarnya sebelum melaksanakan aktiviti perbualan dalam kumpulan.
Kelas kedua yang saya 'observe'. Guru kelas ini bernama Lyn. Beliau sedang memeriksa kertas jawapan pelajarnya. Kelas ini adalah kelas asas dan pelajarnya berumur di antara 18 sehingga 25 tahun. Dari pemerhatian saya, kebanyakan isi pengajaran di sini melibatkan perkara-perkara pokok dalam kehidupan mereka di Australia seperti sistem pendidikan dan percukaian. Membawa isu semasa ke dalam kelas dan dibincang dalam Bahasa Inggeris.
Habis di AMES Footscray jam 1100, terus pergi ke City (Melbourne). Makan tengah hari di Restoren Nasi Lemak Changi. Jam 1400, kami menerukan field trip kami ke Immigrant Museum. Asalnya bangunan ini adalah bangunan kastam, Yarra River yang terletak di hadapan bangunan ini merupakan pelabuhan utama yang dijadikan pusat utama keluar masuk barang dari Melbourne.
Perkataan yang terletak di pintu masuk muzium ini. Ayat klasik yang mempunyai makna yang sangat luas. Ayat ini juga mengambarkan apa yang terkandung di dalam muzium ini. Pendatang Eropah hanya datang ke Australia pada tahun 1830an. Hari ini, Australia merupakan salah sebuah negara yang termaju di dunia.
Peta besar yang menunjukkan perjalanan melalui laut oleh manusia seluruh dunia yang berhijrah ke Australia. Dari zaman kapal layar sehinggalah kapal yang termaju yang mampu membawa ramai orang untuk berhijrah ke Australia.
Peta asal Melbourne, dilukis pada awal 1850an. Melbourne adalah bandar tersusun yang terbaik di dunia. Berdasarkan peta ini, susunan bandar, bangunan dan jalanraya hampir sama susunan yang ada pada hari ini. Ini bermakna, jurutera, jurulukis plan, perancang bandar zaman dahulu telah memikirkan sebuah bandar raya yang melangkaui zamannya!
Satu yang pasti, pendatang Eropah yang datang ke Australia bukan sahaja banduan dan orang buangan. Malah kebanyakkan dari mereka terdiri dari mereka yang profesional dalam bidang tertentu dan pastinya mereka juga merupakan pekerja-pekerja mahir yang dapat membangunkan sebuah bandar moden dalam masa yang singkat.

Sunday, May 14, 2006

Satu, dua, tiga..

Malam tadi, duduk di atas sofa biru yang agak usang di ruang tamu, saya menonton filem Maverick lakonan Mel Gibson dan Jodie Foster. Seorang housemate dari Indonesia menghubungi keluarganya menggunakan telepon yang berdekatan dengan sofa biru.

Dalam perbualan itu, beliau mendendangkan sebuah lagu anak-anak untuk anak lelakinya yang berusia 3 tahun.

Satu, satu
aku sayang ibu
Dua, dua
aku sayang ayah
Tiga, tiga
aku sayang adik kakek
Satu, dua, tiga
Sayang semuanya.

Hilang sekejap nikmat menonton filem Maverick, bertukar kepada rasa hiba yang teramat. Lagu yang ringkas menjadi ubat paling mujarab untuk hati yang dalam kerinduan, yang jauh dimata.

Cuaca yang semakin membeku
Rutin yang semakin membosankan
Rindu dendam yang semakin membara...

Thursday, May 11, 2006

Kisah Lombong Emas

Kegirangan di wajah Todd Russell dan Brant Webb sebaik sahaja menghirup udara di permukaan bumi (Ian Waldie/Pool/Reuters).

Akhirnya dua pelombong yang terperangkap sejak Hari ANZAC (25 April) yang lalu dapat melihat kembali langit Beaconfields, Tasmania pada 9 Mei 2006. Mereka terperangkap di dalam lombong emas yang dalamnya kira-kira 1 km. Salah seorang dari mereka, Larry Knight telah terkorban sejak awal runtuhan lagi dan telah dikebumikan sebaik sahaja kedua sahabat mereka diselamatkan. Seluruh Australia menanti dengan penuh perhatian dan bermacam-macam spekulasi telah di buat sepanjang pertapaan mereka di dalam perut bumi itu.

Richard Carleton dari 60 Minutes.

Richard Carleton rebah sebaik sahaja menemubual pengurus lombong emas, Matthew Gill (AP Photo/Rick Rycroft).

Oleh kerana tumpuan yang meluas dan tegang, salah seorang wartawan veteran Nine Network telah meninggal di tempat kejadian 2 hari sebelum kedua-dua pelombong tersebut diselamatkan. Richard Carleton merupakan wartawan yang sangat terkenal di Australia terutama dalam racangan yang dihos olehnya 60 Minutes. Beliau telah di serang sakit jantung. Ironinya, sebelum beliau rebah, beliau sempat menandatangai autograph seorang peminatnya dengan kata-kata "Have a healthy life. Richard Carleton, 60 Minutes."

Bill Shorten sedang dikerumini wartawan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang dua pelombong yang terperangkap.(AFP/William West)

Lebih menarik lagi dalam tragedi di Beaconfields ini adalah penonjolan seorang tokoh pembangkang dari Parti Buruh Australia, Bill Shorten. Setiap kali tragedi di Beaconfields ke udara di TV, ada sahaja muka Bill Shorten memberi maklumat terkini tentang kemalangan tersebut. Beliau bercakap kepada wartawan seolah-olah beliau adalah seorang pakar lombong, pakar letupan, pakar gempa, pakar kesihatan, pakar psikologi dan lain-lain lagi. Segala pertanyaan dari pemberita dijawab olehnya dengan penuh yakin. Apa yang peliknya, semua maklumat itu digunapakai oleh pemberita sebagai bahan laporan mereka.

Sama ada pemberita malas tanya pakar, atau Bill Shorten mempunyai ramai penasihat atau Bill Shorten sememangnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam banyak hal!. Apa yang pasti, namanya kini semakin harum di kalangan parti pembangkang Australia.

Thursday, May 04, 2006

MELT Field Trip III

Petang Selasa yang lalu, satu lagi Field Trip telah diadakan. Kali ini di AMES (Adult Multicultural Education Services) St. Alban. Sebuah pusat pembelajaran Bahasa Inggeris bagi pendatang yang datang ke Australia. Mereka perlu menguasai Bahasa Inggeris terlebih dahulu pada jumlah jam tertentu. Setelah lulus, baru mereka boleh menjadi warganegara Australia. Ini adalah lanjutan dari MELT Field Trip II yang lalu di AMES, Melbourne.
Pensyarah bahasa saya, Anita Armytage (baju hijau muda) sedang berunding dengan penyelia petang AMES untuk membahagi-bahagikan kami kepada kelas tertentu untuk meng'observe' guru-guru AMES mengajar Bahasa Inggeris. Dihujung kursus kami nanti, ada lebih kurang 6 masa mengajar yang dikhususkan untuk mengajar pendatang-pendatang yang sedang belajar di AMES.
Puan Shopia sedang beraksi!. Beliau berbangsa Serbia dan mendapat pendidikan Bahasa Ingggeris di U.K. Kini menjadi warganegara Autralia dan mengajar penuntut-penuntut di AMES. Seorang yang ada 'sense of humour'. Semua penuntutnya sangat senang belajar dengan beliau.
Di antara penuntut yang sedang tekun belajar Bahasa Inggeris. Di celah-celah mereka, rakan-rakan saya sedang memerhatikan Puan Shopia sedang mengajar. Tongkat dagu nampak Lt.Kol Ngoc!! tak buat catatan ker!
Menjamu selera di bilik rehat AMES St. Alban. Makan biskut jer dan minum milo!. Semua nampak happy jer pasal kelas dah nak habis!
Pemandangan dari stesen keretapi St. Alban. Pekan ini kecil tetapi kebanyakkan penduduknya adalah golongan pendatang yang datang dari seluruh dunia. Agak sibuk dan ketika ini ramai orang sedang pulang dari kerja. Lawatan selesai jam 1600, cuaca mendung dah suhu sangat sejuk ketika ini.
Rakan-rakan yang kegirangan macam anak-anak pasal nak balik! Satu pengalaman yang sangat bermakna.