Thursday, July 28, 2005

Ikrar Kesatria

Dah lama tak dengar Ikrar Kesatria dilaungkan sehinggalah dengar balik masa Perbarisan Pegawai Memerintah KD PELANDOK pagi tadi. The sound is always good!!
  • Beriman kepada Tuhan dan bertakwa kepadanya.
  • Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah.
  • Memegang teguh displin tentera dan menjunjung tinggi sikap keperwiraannya dan kehormatannya.
  • Melaksanakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
  • Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

Saturday, July 23, 2005

Kayak ke Teluk Senangin

Lebih kurang jam 0800, semua berkumpul di Rumah Bot. Cuaca sangat bagus dan kabus boleh kata memenuhi permukaan laut. Sedikit taklimat dari staff, kemudian pembahagian kepada dua kumpulan. Kumpulan naik perahu panjang dan kumpulan naik kayak. Bermula dengan warm-up dan terus mula mengayuh. Tak sangka pula perjalanan yang ingat kan dekat rupanya ambil masa dekat 1 1/2 jam. Nampak memang dah nampak tapi kayuh tak sampai-sampai. Namun, akhirnya sampai juga. Rehat sat, makan-makan dan 'joyride' naik 'laser' (perahu layar) dan 'speed bot'. Kurang lebih 2 jam, kayak dan perahu panjang bergerak balik ke Rumah Bot. Diiringi oleh bot bantuan berenjin. Lebih kurang jam 1300, sampai la ke Rumah Bot. Lega... Alhamdulillah. First time service dengan Navy dah dapat naik kayak ke Teluk Senangin. What a lovely experience!!

Monday, July 18, 2005

Hari Pertama

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Pengalaman pernah berkursus Di KD Pelandok memudahkan lagi urusan melapor. Para pegawai pun mudah mesra kerana kebanyakannya telah dikenali sebelum ini dan penyampaian maklumat dan informasi berjalan lancar. Cuma ada kesilapan yang agak besar pada surat melapor, agak memalukan dan awal-awal lagi dah kena 'pau' pasal kesilapan tersebut. Hari nie bertemu dengan KF dan dapat panggilan alu-aluan dari YDP Wisma Samudera. Merintis kitaran 'Tri-Service' dengan membuka sejarah baru bersama Tentera Laut. Semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah... Ameen.

Saturday, July 16, 2005

Day of a days

It was a great honour to serve with you, Sir. I'm the worse but I learned a lot from you, Sir. May Allah bless us. Thank you, Sir.

Monday, July 04, 2005

Makan Beradat

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah menghadiri Majlis Makan Beradat di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur. Majlis Makan Beradat ini bersempena meraikan Hari Ulang Tahun Kor Perkhidmatan Am yang ke 47. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah.

Hidangan No. 3

Sunday, July 03, 2005

Lawatan ke Sambest

Setelah sekian lama meninggalkan Sekolah Agama Menengah Bestari JAIS, USJ 5, Subang Jaya, saya kembali lagi melawatnya pada hari Jumaat yang lepas. Tujuan utama adalah untuk menyelesaikan sedikit urusan yang belum selesai semasa berkhidmat kat sana dan matlamat kedua adalah untuk bertemu dengan para guru dan pelajar. Hampir keseluruhan guru yang berkhidmat bersama saya sudah tiada lagi dan tinggallah beberapa orang guru lama yang kini menjadi tunggak utama dalam menggerakkan Sambest.

Begitu juga dengan pelajarnya yang kini tinggal tingkatan 4 dan 5 sahaja yang mengenali saya. Pelajar yang dulunya adalah tingkatan 1 dan 2 semasa saya meninggalkan Sambest. Masa telah berubah tetapi semangatnya tetap sama. Untuk melahirkan Daie... Ameen.

Meet the legend, Cikgu Ishak
Cikgu lama, hati muda!