Thursday, April 28, 2005

Sambest dalam ingatan

Sudah hampir tiga tahun sekarang sejak saya meninggalkan Sekolah Agama Menengah Bestari, USJ 5, Subang Jaya. Sebuah sekolah Kerajaan Negeri Selangor yang sangat berprestij dan di segani oleh sekolah di sekitarnya.

Sebenarnya, berat hati nak tinggalkan Sambest. Namun, apakan daya. Tuntutan hidup dan cita-cita untuk meningkatkan lagi ilmu dan pengalaman hidup memaksa saya mengundurkan diri dari Sambest. Ini tidak bermaksud saya tidak dapat menimba ilmu dan pengalaman di Sambest, tetapi tuntutan hidup dan cabaran yang lebih hebat di luar negeri Selangor, InsyaAllah akan lebih mematangkan diri saya.

Walaupun saya sudah lupa ramai nama pelajar-pelajar dan guru-guru, tetapi saya masih ingat lagi kelas 5 ST 6, pelajar tingkatan satu yang 'homesick', anak-anak menti, Kelas 4 Farabi, asrama lelaki, staff-staff yang ceria, sarang rokok di atas bumbung asrama, kuliah di surau, kad Hari Guru yang terbesar, soft ball, kumpulan nasyid, ucapan yang panjang lebar di perbarisan pagi, Ustaz Ismail, guru-guru, taman anggur, Datuk Sarip (Pengerusi PIBG), makmal komputer dan banyak lagi. Pengalaman selama tiga tahun di Sambest ini mungkin singkat tapi ia adalah ingatan yang berkekalan seumur hidup.

Saya selalu tertanya-tanya, bagaimanakah agaknya keadaan bekas-bekas pelajar Sambest pada hari ini? ada sebilangan kecil masih menghubungi saya melalui yahoo massenger. Ada juga sekali sekala menghubungi telefon bimbit saya. Dari pemerhatian saya, mereka yang masih menghubungi saya berada jauh beribu kilometer dari Malaysia dan juga yang berada di IPTA/S di seluruh Malaysia. Biar di mana pun anda berada, apa jua manfaat yang anda lakukan, anda semua tetap di dalam ingatan saya. Mudah-mudahan kita semua akan tinggal di bandar yang sama di syurga Allah nanti, selama-lamanya. InsyaAllah. Amin.


2 comments:

Anonymous said...

Saye berterima kasih kpd cikgu kerna mengajar saya add math...jasa baik cikgu di kenang sepanjang hayat saya. Motivasi, fakta dan ilmu yg diberi oleh cikgu ketika kuliah mahupon ketika di perhimpunan pagi membuktikan Cikgu Amir Azmi bukan calang-calang orang. Beliau amat disegani di Sekolah Agama Menengah Bestari JAIS. Saya bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang anak didiknya. Akhir kata...

HIDUP 4 FARABI !!!!!!

Tanpa cikgu takde la saye masuk Istana Kayangan di Shah Alam. Once in a life time. Tanpa cikgu, takde la gak saye merasa berbeque yg sedap dimana semuanya di sponsor oleh cikgu, dimasak pula oleh bebudak yg rajin, dan akhirnya dimakan bergitu sahaja oleh orang macam saya. Time kasih sekali lagi.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu! on this opportunity i would like to wish you a very happy teacher's day(although it's a bit late), for all what you gave me when i was your student (the thoughts, the advice, the tips&tricks etc). and thank you for that istana kayangan trip. i think all of us enjoyed it very much. till we meet again, wassalam.